Cart 0

Cara Bakar Lemak Dengan Pantas | The Largest Singlets Store

Cara Bakar Lemak Dengan Pantas | The Largest Singlets Store

Seharian kita bekerja, sehingga badan kita menjadi lesu. Namun begitu, dari sehari ke sehari, lemak kita kian bertambah. Sungguh senang lemak bertambah, sungguh sukar pula untuk membakarnya. Jangan pula hingga kita tergolong dalam obesiti, yang boleh menjadikan kita berisiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes type-2, sakit jantung, strok, serta macam-macam lagi disebabkan pemakanan.

Seperti biasa, untuk menangkis sesuatu masalah, haruslah kita memahami ‘akar’nya dahulu. Mari kita fahami, apa itu lemak, bagaimana ia dihasilkan, cara-cara ia dibakar, lalu akhirnya bahan-bahan apa yang membolehkan pembakaran lemak dengan lebih berkesan.

Apa itu Lemak?

Lemak pada asalnya bukanlah sesuatu yang berbahaya. Ia merupakan simpanan nutrisi dalam tubuh yang akan digunakan sebagai sumber tenaga. Protein dan karbohidrat yang tidak diguna akan diubah kepada lemak, namun tidak sebaliknya. Lemak boleh diubah kepada tenaga, tetapi bukan kepada protein dan karbohidrat.

Selain sebagai sumber tenaga, lemak juga adalah bahan memudahalihkan vitamin ke seluruh badan, vitamin seperti A, D, E dan K (ADEK, comel bunyinya bukan?). Disamping itu, ia juga menyimpan hormon-hormon badan untuk digunakan. Tidak semua lemak yang buruk. Ia bergantung kepada ikatan atau dalam bahasa kimia, fusion. Malahan, tubuh kita memerlukan 20 hingga 30% lemak untuk kegunaan tenaga seharian. Lemak (yang tidak berlebihan) juga membantu mengekalkan suhu badan.

Apa yang menjadikan lemak berbahaya adalah apabila ia berlebihan. Lemak berlebihan akan menyebabkan pembuluh darah mula mengecil kerana kekurangan ruang (ruang telah diduduki lemak). Ini menyukarkan pengepaman darah, lalu menyebabkan keadaan seperti sakit jantung dan strok. Oleh itu, sewaktu ujian perubatan, adalah lebih baik mendapat HDL (High Density Lipoprotein) tinggi dan LDL (Low Density Lipoprotein) rendah. Lipoprotein adalah persenyawaan lemak dan protein.

Tengok, lemak tidak kejam bukan?Akhir sekali, dan paling terkenal, lemak digunakan sebagai pelindung atau alas. Pernah beberapa kali orang terselamat daripada tembakan serta tikaman ke organ-organ penting kerana ia terhenti pada bahagian lemak.

Bagaimana Lemak Terkumpul?

Punca paling umum dan utama adalah: Pemakanan. Lemak adalah pertukaran daripada protein dan karbohidrat untuk disimpan sebelum menjadi tenaga. Namun begitu, berjaga-jaga. Kurangkan diet pemakanan yang mengandungi banyak lemak berbahaya seperti lemak saturasi atau trans. Lemak-lemak begini sukar untuk dibakar tubuh serta kurang nutrisi.

Bahan-bahan yang Membantu Membakar Lemak

Kafein

Sebuah kajian yang dilaksanakan Journal of Medicine and Scince in Sports melaporkan mereka yang mengambil secara purata 330mg kafein 60 minit sebelum bersenam mengalamai kadar pengoksidaan lemak yang lebih tinggi berbanding biasa. Ini adalah berita baik, kerana dengan kadar pengoksidaan lemak yang tinggi bermakna pembakaran lemak lebih tinggi, justeru kurangnya penggunaan glycogen otot. Apabila tubuh kehabisan glycogen otot, maka timbullah keadaan tubuh yang lesu dan tidak bermaya.

Ekstrak Teh Hijau

Barangkali rahsia ramai orang Jepun yang kurus ( secara sihat), ekstrak daun hijau juga mampu membantu pengoksidaan lemak. Selain itu, adalah wajar diamalkan meminum the hijau kerana ia mengandungi catechin. Catechin membantu meningkatkan kadar metabolisma, justeru kadar pembakaran juga meningkat, selepas makan.


Sesamin (daripada minyak bijan)

Sesamin yang terkandung dalam minyak bijan lebih dikenali untuk sifat anti-oksidanya yang tinggi, namun baru-baru ini ia juga dikenalpasti sebagai bahan yang membantu proses pembakaran lemak. Dalam bentuk aktif, sesamin dijumpai untuk mengaktifkan reseptor-reseptor dalam sel-sel otot, jantung dan hati, dikenali sebagai peroxisome proliferator-activator receptor alpha (PPAR alpha).

Cili serta bahan-bahan pedas

Capsaicin yang terkandung dalam cili (lebih spesifik, bahagian biji-biji berwarna kuning cerah itu) membantu meningkatkan kadar metabolisma, tetapi hanya untuk sementara. Oleh itu, amat disyorkan untuk memakannya pada awal sesi makan.

Tenusu Rendah Lemak

Ramai mula mengelakkan makanan tenusu sewaktu berdiet kerana menganggap ia akan menyebabkan mereka lebih gemuk. Jika dalam bentuk kek, pastri, serta yang telah dimaniskan, mungkin itu pilihan lebih baik. Tetapi, secara keseluruhan, elok juga mengekalkaan ia dalam diet. Tenusu rendah lemak mengandungi banyak bakteria baik yang membantu perut dalam sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat kerana dapat menyerap nutrisi sepenuhnya dan mengurangkan gejala tubuh lesu. Selain itu, kalsium dan vitamin D yang dikandungi tenusu rendah lemak membantu memecahkan serta membebaskan sel-sel lemak dengan lebih efisien

Dengan itu, kita memahami akan kegunaan lemak dalam tubuh. Ia bukannya harus dibenci, melainkan diri kita sendiri yang enggan mengambil tahu dan mengawal pengambilan pemakanan yang kurang sihat. Moga-moga dengan tersenarainya bahan-bahan diatas, lebih mudah untuk kita merancang pemakanan agar lebih sihat dan membentuk lemak-lemak yang diperlukan untuk tubuh.

Bermanfaat ke sangat bermanfaat ni?

Follow IG kami @lakeemalaysia






Older post Newer post