![Cara Pantas Tingkatkan Stamina | The Largest Singlets Store](https://cdn.store-assets.com/s/224523/f/847814.jpg?width=1200)
1) Makan Makanan Bersumber Kekacang
Sumber kekacang adalah antara makanan yang mampu meningkatkan stamina anda kerana kekacang kaya dengan zat besi yang tinggi.
Zat besi diperlukan oleh tubuh badan anda untuk menghasilkan sel darah merah yang membantu dalam pengangkutan oksigen ke otot-otot.
2) Lakukan High Intensity Interval Training
Antara banyak-banyak senaman kardio, senaman yang paling cepat untuk meningkatkan stamina pada tahan “tip top” adalah High Intensity Interval Training (HIIT)
HIIT adalah contoh senaman larian di mana anda berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan (joging) dalam masa tertentu, kemudian berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu juga.
3) Target Dan Fokus
Jangan sesekali bersenam dengan sambil lewa kerana ia akan membuat badan anda malas untuk bekerja kuat untuk mencapai apa yang anda mahukan. Letak target yang anda rasa anda boleh capai. Lepas tu anda cuba sedikit demi sedikit dan pastikan juga anda lepasi setiap satu target yang anda buat. Dengan cara ni, secara tak langsung stamina anda juga akan bertambah.
Contohnya : permulaan anda target berlari sejauh 2km dahulu. Selepas berjaya berlari 2km anda tingkatkan lagi target anda dari 2kg ke 3kg dan seterusnya.
4) Lari Secara Bertempo
Mulakan larian dengan larian jonging biasa. Kemudian, lajukan larian anda sedikit demi sedikit. Contohnya lima minit dengan kelajuan biasa, lima minit lebih laju dan lima minit lebih laju lagi.
Kemudian, kurangkan kelajuan kepada kelajuan biasa. Motif utama senama ini adalah untuk mengerakkan otot-otot anda pada tahap maksimum. Asid laktik yang terkumpul di kaki dan otot-otot anda akan membantu anda untuk membina otot-otot yang berstamina tinggi.
5) Lari Laju Seminit
Anda joging dengan kelajuan biasa lima minit dan lari pada kelajuan penuh selama seminit. Kemudian, anda lari pada kelajuan biasa dua minit dan lari pada kelajuan laju selama seminit.
Cuba amalkan, lama kelamaan anda akan mula rasa biasa dan kurang “pancit”.
Keadah fizikal yang bagus boleh membina stamina dengan cepat dan berkesan. Anda perlu rajin dan lakukan senaman tersebut setiap hari. Namun, perlu diingatkan juga bahawa makanan dan minuman memainkan peranan penting untuk membekalkan tenaga untuk kita menjalani aktiviti fizikal tersebut.
Anda boleh mengambil minuman bertenaga bagi membantu meningkatkan stamina anda ketika bersukan atau melakukan aktiviti seharian. Tetapi pastikan minuman tersebut kurang manis dan bukannya berkarbonat.